CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, February 6, 2009

hmt329_konsep milik

nama ahli kumpulan:

  • Jong Hui Ying [ 6 ]
  • Siti Fatimah Noor binti Isnin [ 23 ]



1.0 Pendahuluan

Terdapat perbezaan antara dialek Ipoh Selatan dengan dialek Hokkien Kuching dan Mandarin dalam mengungkap konsep milik. Dalam esei ini, kami akan membandingkan dan menganalisis perbezaan konsep milik dari aspek struktur / pola ayat, sebutan ( antara dialek Ipoh Selatan dengan Hokkien Kuching dan Mandarin ). Selain itu, esei ini juga akan membuat perbandingan dari aspek tahap keakraban dan situasi bagi menunjukkan konsep milik dengan nyata, empiris dan sahih.

Mengikut Kamus Dewan edisi keempat ( muka surat: 1032 ), “milik” bermaksud kepunyaan dan hak manakala punya bermaksud menaruh, ada dan memiliki ( muka surat: 1251 )

2.0 Perbezaan konsep milik dari aspek struktur / pola ayat.

Melalui kata ganti nama maka konsep milik dapat diperlihatkan dengan lebih jelas.

Lihat Jadual 1 di bawah:




Berdasarkan jadual di atas, beberapa perbezaan yang boleh kita lihat dalam mengungkap konsep milik dan punya antara dialek Ipoh Selatan, dialek Kuching dan Mandarin, terutamanya pola ayat. Pola ayat yang berlainan antara dua dialek dan satu bahasa seterusnya juga menunjukkan posisi konsep milik yang berlainan. Berdasarkan contoh di atas, konsep milik bagi dialek Ipoh Selatan “punya” adalah berada di bahagian belakang objek, maksudnya susunan pola ayatnya, iaitu [ objek konsep milik/ punya ( kata ganti nama ) ]. Konsep milik bagi dialek Kuching dan Mandarin adalah sama, iaitu berada berada di bahagian depan objek [ kata ganti nama konsep milik objek ]

Sesetengah konsep milik/ punya boleh digugurkan dan sesetengah konsep milik/ punya langsung tidak boleh digugurkan kerana ini akan menjejaskan makna sebenar yang disampaikan oleh pengujar. Terdapat tiga contoh yang boleh menjelaskan perkara ini iaitu contoh 2, 3 dan 5.


2. ( i ) Dialek Ipoh Selatan : kueh tu kite punye.



Sekiranya pengguguran konsep milik “punye”, ayat akan berubah menjadi [ kueh tu kite <Ø>]. Maka, maknanya pun telah berubah iaitu kuih itu merujuk kepada kita.


( ii ) Dialek Kuching : ji lei si wa_lang ei kueh.



Sekiranya pengguguran konsep milik “ei”, ayat akan berubah menjadi [ ji lei si wa_lang kueh ]. Maka, maknanya pun telah berubah iaitu kuih itu merujuk kepada kita.


( iii ) Mandarin : zhe shi wo_men de gao dien.



Sekiranya pengguguran konsep milik “de”, ayat akan berubah menjadi [ zhe shi wo_men gao dien ]. Maka, maknanya pun telah berubah iaitu kuih itu merujuk kepada kita.


Selain itu, contoh ayat di bawah juga menunjukkan contoh lain bagi perbezaan kedudukan struktur atau pola konsep milik antara ketiga-tiga dialek yang dikaji beserta terjemahan bahasa standard bagi setiap contoh ayat. Dalam dialek Ipoh Selatan, didapati tidak banyak beza antara contoh ayat dengan terjemahan standard. Hal ini berbeza bagi dialek Hokkien Kuching dan Mandarin. Apabila diterjemahkan, didapati struktur atau pola ayat bagi konsep milik telah berubah. Lihat contoh ayat di bawah ini;

contoh ayat:

Ø laptop merah tu aku punye tau! [ dialek Ipoh Selatan ]
komputer riba yang berwarna merah itu milik saya. [ terjemahan ]

Ø ang_sei ei laptop si wa ei! [ dialek Hokkien Kuching ]
merah ialah laptop ialah saya punya. [ terjemahan ]

Ø hong_ser de laptop shi wo de. [ Mandarin ]
merah ialah laptop ialah saya punya. [ terjemahan ]


Berdasarkan contoh ayat bagi ketiga-tiga dialek di atas di dapati terdapat perbezaan dari aspek struktur ataupun pola ayat. Bagi dialek Melayu kebiasaannya, konsep milik dinyatakan sebelum kata ganti diri yang menunjukkan konsep milik. Sebagai contoh, “ milik saya”, “kepunyaan saya”, “bilik saya”. Hal ini berbeza dengan dialek Hokkien dan juga Mandarin. Kata ganti diri dilihat mendahului konsep milik yang ingin dinyatakan di dalam ayat. Sebagai contoh, “saya punya”. Selain itu dalam Mandarin misalnya, terdapat pengulangan konsep milik dalam satu ayat. Contoh di bawah memperlihatkan contoh tersebut:


¥ bilek saye yang sebelah kiri tu. [ Dialek Ipoh Selatan ]
¥ Saya punya bilik ialah kiri. [ Dialek Hokkien Kuching ]
¥ kiri punya ialah saya punya bilik [ Dialek Mandarin ]


Ayat di atas ingin menyatakan bahawa bilik yang sebelah kiri tersebut adalah bilik saya. Tetapi, apabila diterjemahkan ke dalam dialek Mandarin didapati terdapat pengulangan kata ‘punya’ bagi tujuan menyatakan bahawa bilik yang sebelah kiri tersebut adalah bilik saya. Justeru, hal ini yang membezakan antara ketiga-tiga dialek.


2.0 Perbezaan antara konsep milik dari aspek sebutan

Melalui data yang kami perolehi, kami telah mendapati bahawa terdapat perbezaan dari segi sebutan antara dialek Ipoh Selatan dengan dialek Hokkien Kuching dan Mandarin. Di sini, kami juga boleh membuat perbandingan antara dialek Hokkien Kuching dan Mandarin. Kedua-dua dialek ini menunjukkan perbezaan dari segi sebutan bagi mengungkap konsep milik. Contohnya:

1. Pak lang [ orang ] contoh ayat: ji lei si pak lang ei cek.
2. bie ren [orang ] contoh ayat: zhe shi bie ren de shu.




Berdasarkan contoh di atas, sebutan bagi mengungkap konsep milik adalah berbeza antara satu sama lain tetapi mewakili maksud yang sama iaitu maksud “punya”. Selain itu, “Nyeo” dalam dialek Hokkien Kuching bermaksud “ Yang” dalam Mandarin, iaitu mewakili nama keluarga “ Yang ”.


2.3 Perbezaan antara konsep milik dari aspek tahap keakraban

Bagi dialek Ipoh Selatan, terdapat perbezaan dalam mengungkap konsep milik. Perbezaan ini dapat dilihat melalui aspek tahap keakraban. Merujuk kepada jadual 1 di atas, tahap keabraban yang tinggi dapat dilihat dalam contoh satu, dua dan lima iaitu aku, orang dan kite manakala tahap keabraban yang lebih rendah dapat diperlihatkan dalam contoh tiga, dan empat iaitu Ima dan saya.

Dalam dialek Ipoh Selatan mahupun bahasa Melayu, terdapatnya tahap keabraban dalam kata ganti nama tetapi tahap keabraban ini tidak berlaku dalam dialek Hokkien Kuching. Itulah perbezaan yang dapat kita lihat. Walau bagaimanapun tahap keabraban ini tidak berlaku dalam dialek Hokkien Kuching tetapi berlaku dalam bahasa Mandarin.

Dalam Mandarin, sama ada dalam ujaran ( struktur luaran ) ataupun tulisan ( struktur dalaman ), tahap keabraban ini boleh diperlihatkan, terutamanya kata ganti nama kedua, maksudnya tahap keabraban yang tinggi atau rendah wujud apabila penggunaan kata ganti nama kedua. Lihat contoh-contoh di bawah:




( a ) ni de jia hen mei ( tahap keakraban yang rendah )
Terjemahan ayat: Kamu punya rumah sangat cantik.

Sekiranya konsep milik “de” digugurkan dalam struktur luar atau struktur dalam yang diwakili dengan simbol <Ø>, maka

( i ) Struktur luar : ni <Ø> jia hen mei ( betul )
( ii ) Struktur dalam: ni <Ø> jia hen mei ( betul )


( b ) ni_men de jia hen mei ( tahap keakraban yang rendah )
Terjemahan ayat: Kamu orang ( kalian ) punya rumah sangat cantik.

Sekiranya konsep milik “de” digugurkan dalam struktur luar atau struktur dalam yang diwakili dengan simbol <Ø>, maka

( i ) Struktur luar : ni_men <Ø> jia hen mei ( betul )
( ii ) Struktur dalam: ni_men <Ø> jia hen mei ( salah )


( c ) ning_men de jia hen mei ( tahap keabraban yang tinggi )
Terjemahan ayat: Kamu orang ( kalian ) punya rumah sangat cantik.




Sekiranya konsep milik “de” digugurkan dalam struktur luar atau struktur dalam yang diwakili dengan simbol <Ø>, maka

( i ) Struktur luar : ning_men <Ø> jia hen mei ( betul )
( ii ) Struktur dalam: ning_men <Ø> jia hen mei ( salah )


Merujuk kepada 3 contoh di atas, kita dapat mengetahui bahawa ( c ) memperlihatkan tahap keabraban yang tinggi dalam mengungkapkan konsep milik. Contoh ( b) adalah kata ganti nama tunggal manakala ( c ) adalah kata ganti nama jamak. Tahap keabraban ( b ) dan ( c ) adalah dapat dibezakan melelaui deskripsi transkripsi iaitu ni_men ( / ni / /mәn / ) manakala ning_men ( / niŋ / ). Berdasarkan contoh-contoh di atas, ( a )( i ) dan ( ii ) iaitu pengugguran konsep milik “de” dalam struktur luar dan struktur dalam adalah salah, tetapi bagi contoh-contoh ( b ) ( ii ) dan ( c ) ( ii ), apabila pengugguran konsep milik “de” dalam struktur luaran dan dalaman, struktur ayat berkenaan adalah salah, iaitu menjadi tidak gramtis. Jika konsep milik/ punya digugurkan semasa dalam ujaran, ayat itu tetap betul tetapi konsep milik/ punya digugurkan semasa dalam tulisan, maka ayat itu salah.


2.4 Perbezaan antara konsep milik dari aspek situasi

Dalam dialek Ipoh Selatan ataupun dialek-dialek Melayu yang lain, situasi juga merupakan salah satu faktor yang boleh membantu kami melihat perbezaan dalam mengungkap konsep punya. Situasi boleh dibahagikan kepada dua iaitu situasi formal dan situasi tidak formal. Dalam situasi formal seperti di sekolah, Ima dan saya digunakan untuk mengungkap konsep punya bagi menunjukkan kata ganti nama pertama manakala dalam aku, orang dan kita pula digunakan dalam situasi yang kurang formal seperti di rumah dan bersama dengan rakan. Selain itu, penggunaan bahasa sopan juga memainkan peranan dalam mempamerkan konsep milik.


3.0 Kesimpulan

Esei ini telah membincangkan perbezaan konsep milik di antara tiga dialek yang dipilih iaitu dialek Ipoh Selatan, Dialek Hokkien Kuching, Sarawak dan juga Mandarin. Berdasarkan analisis yang dijalankan, ternyata wujud perbezaan dalam mengungkap konsep milik bagi setiap dialek. Secara kesimpulannya, dialek yang berbeza ataupun bahasa yang berbeza akan mengungkap konsep milik yang berbeza, perbezaan yang paling nyata adalah dari aspek fonologi. Justeru, perbezaan yang lain merangkumilah pola ayat, tahap keabraban, dan aspek situasi juga boleh membantu kita melihat konsep milik antara dialek Ipoh Selatan, dialek Hokkien Selatan dan Mandarin dengan jelas dan nyata.

hmt329_cara menyebut gong xi fa chai

Gung Hi Fat Chai (Hokkien)
Gong Xi Fa Chai (Mandarin)
Gung Hei Fat Chain (Kantonis)

Sunday, February 1, 2009

HMT329_Meet Uncle Hussein




- Meet Uncle Hussien -







Pada pendapat saya, lirik lagu 'lagu untukmu' ini lebih berkisarkan kepada monolog dalaman di mana penulis lirik ini cuba meluahkan persaannya melalui lirik lagu ini. terdapat perbezaan di antara lagu ini dengan penyanyi lagu ini. apa yang saya maksudkan ialah lirik ini sebenarnya adalah hasil luahan hati seorang wanita. namun begitu, lagu ini telah dinyanyikan oleh seorang lelaki. sudah pasti penjiwaan lagu ini juga turut berbeza.










Monday, January 19, 2009

cara membuat konkordans

KAEDAH MEMBUAT KONKORDANS
Kaedah Membuat KonkordanBuka satu folder baru di desktop.
Kemudian folder itu dinamakan Wan Norhana_HMT329.
Pilih satu artikel online dari laman web utusan Malaysia.
Pergi ke folder Wan Norhana_HMT329, klik kanan tetikus,
klik “new” klik “text document”. “rename”file kepada UMrencana1_15jan09.txt
Buka semula laman artikel yang telah dipilih,
“highlight” tajuk artikel, klik kanan pada tetikus, klik “copy”,
pergi semula ke fail UMrencana1_15jan09.
“Paste” tajuk artikel tersebut pada fail yang telah dinayatakan tadi.Kemudian,
“copy” keseluruhan rencana artikel yang dipilih itu dan di “paste” pada fail yang sama tadi.
Peringatan, “copy” pada teks atau rencana sahaja dan bukan pada gambar atau iklan.Buka “microsoft word” dan namakan file tersebut “ UMrencana1_15jan09.doc”. Selepas itu, copy rencana/artikel tersebut dalam file ini.
kesemua gambar dan rencana artikel yang dipilih boleh terus di “copy” dan di “paste”.
Kemudian buang gambar dan petikan ayat di bawah gambar tersebut diletakkan di bawah artikel.
Setelah itu ‘save’file tersebut dan namakan file tersebut sebagai UMrencana1_15jan09_cuciSeterusnya buka satu lagi file dan namakan sebagai “Tajuk artikel/rencana”.
Dalam file ini anda hendaklah membuat jadual yang mengandungi 3 kotak dan isi jadual tersebut dengan tajuk artikel/rencana,nama penulis ,web artikel/rencana itu diambil dan tarikh dan nama file.
Setelah selesai, buka “textSTAT”. Kemudian, klik corpus dan klik new corpus, maka akan keluar file.txt.
Kemudian, ubah nama file menjadi .crp seperti ‘UMrencana1_15jan09.crp’.Selepas itu, ,
pilih corpus dan add local file.
Cari folder Wan Norhana_HMT329 dan pilih fail .txt dan klik “open”.Klik pada “word forms”. Pilih sort on frequency dan klik frequency list. Seterusnya klik pada export dan pilih “Frequency<>MS Excel”.
Namakan fail tersebut dengan UMrencana1_15jan09_freq_asal.xls
Akhir sekali, klik pada “concordance”, kemudian, pada bahagian “option”, klik untuk tandakan “search whole words only” dan “search case insentive”.
Kemudian, kilk “export” pilih “concordance list > MS Word” dan namakan fail tersebut dengan UMrencana1_15jan09_concord.doc
Setiap langkah yang dibuat, perlu “save”.

just for fun.. ^_^

Karangan Terbaik UPSR 2007

Karangan budak darjah 4

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”.

Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer.

Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di GentingHighlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands.

Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging.

Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

Sunday, January 18, 2009

hmt329_perbandingan hubungan perkataan dengan makna

HMT 329 Analisis Kontrastif Bahasa-Bahasa Di Malaysia

Tajuk tugasan: Perbandingan hubungan perkataan dengan makna untuk rencana bernama 1 dalam bahasa Melayu dengan rencana bernama 2 yang berbahasa Inggeris. Analisis dalam tugasan ini lebih menjurus kepada analisis kontrastif semantik.

1.0 Pendahuluan
Tugasan ini akan membandingkan kontra dan kontras antara hubungan perkataan dengan maknanya untuk rencana bernama 1 dengan rencana bernama 2 dari aspek sinonim bagi kata adjektif. Justeru, skop tugasan ini adalah menjurus ke arah pengkajian hubungan perkataan bagi golongan kata kerja dengan makna bagi kedua-dua rencana tersebut dari aspek sinonim interbahasa itu sendiri dan aspek intrabahasa iaitu dikaji bersama dengan bahasa selain bahasa Melayu, misalnya bahasa Inggeris. Sinonim dapat didefinisikan sebagai dua kata atau lebih yang mempunyai makna yang sama dalam sesuatu bahasa [ Kamus Linguistik, 1997: halaman 204 ]. Definisi bagi kata kerja di dalam kamus yang sama ialah golongan kata yang boleh berfungsi sebagai predikat dalam ayat, dan menunjukkan perbuatan atau keadaan subjek, serta menjadi unsur dalam binaan frasa kerja. Antaranya termasuk kata kerja transitif, kata kerja tak transitif, dan kata kerja kendiri [ Kamus Linguistik, 1997: halaman 112 ]. Nik Safiah Karim dan rakan-rakan di dalam bukunya, Tatabahasa Dewan memberi definisi kata kerja sebagai:

“ perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau kontruksi frasa kerja. Frasa kerja terdiri daripada kata kerja yang boleh disertai beberapa unsur lain seperti kata bantu, objek, pelengkap, ayat komplemen, dan keterangan ”

[ Tatabahasa Dewan, 2008: halaman143 ]

2.0 Tujuan
Umumnya, tugasan ini akan menganalisis kesinoniman kata-kata kerja yang wujud di dalam rencana bernama1 dan rencana bernama 2 di mana kata kerja yang wujud di dalam rencana-rencana tersebut akan disenaraikan dan diberi definisi secara harfiah tanpa mengambil kira aspek-aspek lain seperti aspek kala dan situasi. Tujuannya adalah untuk melihat hubungan antara perkataan tersebut dengan makna kamus dengan makna yang digunakan oleh penulis di dalam penulisan rencana tersebut. Di sini persamaan dan perbezaan pengunaan perkataan dapat dikenalpasti dan dianalisis pada bahagian dapatan dan analisis.

3.0 Kaedah
Tugasan ini akan mengaplikasikan data korpus dari Textstat seperti berikut: [C:\Users\seatea\AppData\Local\Temp\Temp1_TextSTAT_asal.zip\TextSTAT\TextSTAT-Doku-DE.html ].

4.0 Dapatan dan Analisis
Berdasarkan analisis terhadap rencana bernama 1 dan juga rencana bernama 2, didapati sejumlah 30 perkataan yang tergolong dalam golongan kata kerja. Data berikut menunjukkan makna langsung atau makna kamus bagi setiap perkataan yang berada dalam kategori kata kerja:

perenggan : 1
Melangkah = Stride, step
Mara = Advance, move forward
Menundukkan = Bow, bend

perenggan 2
mencatat = jot

perenggan 3
Memenangi = To win
Bertemu = Encounter, meet
menumpaskan = To destroy completely, to crush
melangkah = Stride, step

perenggan 4
Kemaraan = Advance, move forward
Disekat = Set up a blockade of, devide into parts or by a partition.

perenggan 5
Ditewaskan = defeated
Kalah = Lose, be defeated in a contest

perenggan 6
Mara = Advance, move forward
Menewaskan = Defeat, win victory over

perenggan 7
Membuat = Make, form
Menundukkan = Bow, bend

perenggan 8
Berhempas pulas = slam

perenggan 9
Menarik = Attractive, attracting
Berhadapan = Front, in or at or towards the front

perenggan 10
mara = Advance, move forward
Menundukkan = Bow, bend
Berentap = Be in a fight / competition

perenggan 11
Berhadapan = Front, in or at or towards the front
Berentap = Be in a fight / competition

perenggan 12
Kejutan = Great shock.
mengalahkan = Lose, be defeated in a contest

perenggan 13
Bertemu = Encounter, meet

perenggan 14
Mempertahankan = Maintain, assert as true, defend
bertemu = Encounter, meet

Berikut pula menunjukkan jadual perbandingan antara makna kamus setiap kata kerja dengan perkataan yang disinonimkan oleh penulis di dalam rencana bernama 2:
perenggan
Kata kerja
Makna kamus
Perkataan yang disinonimkan oleh penulis
1
Melangkah
Stride, step
made

Mara
Advance, move forward
Short work

Menundukkan
Bow, bend
of

2
mencatat
jot
chalk

3
Memenangi
To win
won

Bertemu
Encounter, meet
meets

menumpaskan
To destro completely, to crush
Win over

melangkah
Stride, step
In the

4
Kemaraan
Advance, move forward
-

Disekat
Set up a blockade of, devide into parts or by a partition.
Knocked out

5
Ditewaskan
defeated
Edged out

Kalah
Lose, be defeated in a contest
lost

6
Mara
Advance, move forward
advanced

Menewaskan
Defeat, win victory over
defeated

7
Membuat
Make, form
score

Menundukkan
Bow, bend
overcome

8
Berhempas pulas
slam
Good fight

9
Menarik
Attractive, attracting
Walk over

Berhadapan
Front, in or at or towards the front
Take on

10
mara
Advance, move forward
advanced

Menundukkan
Bow, bend
defeated

Berentap
Be in a fight / competition
To contend

11
Berhadapan
Front, in or at or towards the front
Take on

Berentap
Be in a fight / competition
meet

12
Kejutan
Great shock.
scored

mengalahkan
Lose, be defeated in a contest
beating

13
Bertemu
Encounter, meet
meet

14
Mempertahankan
Maintain, assert as true, defend
Defeated their title

bertemu
Encounter, meet
meet

Berdasarkan data-data yang telah disediakan didapati wujud persamaan dan perbezaan hubungan makna dengan kata kerja . Wujud kontra dan kontras antara makna kamus yang bersifat harfiah atau boleh dikatakan general jika dibandingkan dengan perkataan atau leksikal yang dipilih oleh pengulas dan penulis rencana bernama untuk digunapakai dalam penulisan beliau. Berikut menunjukkan kata kerja yang bersinonim dengan makna yang didefinisikan di dalam kamus dengan makna atau perkataan yang penulis guna di dalam penulisan di dalam rencana bernama 2:

perenggan
Kata kerja
Makna kamus
Perkataan yang disinonimkan oleh penulis

3
Memenangi
To win
won

Bertemu
Encounter, meet
meets

6
Mara
Advance, move forward
advanced

10
mara
Advance, move forward
advanced

13
Bertemu
Encounter, meet
meet

14
Bertemu
Encounter, meet
meet

Berikut pula peratusan bagi persamaan dan perbezaan bagi makna antara makna di dalam kamus dengan makna yang telah digunapakai oleh penulis:

Persamaan = 5 %
Perbezaan = 95 %

5.0 Penutup
Berdasarkan data-data serta analisis dapatan yang telah dikemukakan di dapati wujud persamaan serta persamaan yang wujud dalam pemilihan kata di dalam penulisan sesebuah rencana atau artikel. Kewujudan perbezaan berkemungkinan besar di pengaruhi oleh faktor situasi serta konteks penggunaan. Sebagai contoh kedua-dua rencana bernama yang dikaji adalah laras sukan. Justeru, penulis sedaya upaya menggunakan perkataan yang dianggapnya bersesuaian dengan konteks dan penerangan di dalam penulisan beliau.

6.0 Rujukan
- Hawkins Joyce M. Kamus Dwibahasa . 2006 . Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Definisi setiap kata kerja . 17 Januari 2009 .
- Nik Safiah Karim. Tatabahasa Dewan [ Edisi ketiga ] . 2008 . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Definisi kata kerja . 17 Januari 2009 .
- Kamus Linguistik . 1997 . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka . Definisi sinonim dan kata kerja . 17 Januari 2009 .
- Berita Bernama . 15 Januari 2009 . Sukan: Chong Wei Melangkah Mudah Ke Suku Akhir. 21:46 pm. < http://bernamaonline.com > 15 Januari 2009 .
- Berita Bernama . 15 Januari 2009 . Sports: Chong Wei Is In Quarter Final Of Korea Open. 22.34 pm. < http://bernamaonline.com > 15 Januari 2009 .
- Textstat . 17 Januari 2009 . [C:\Users\seatea\AppData\Local\Temp\Temp1_TextSTAT_asal.zip\TextSTAT\TextSTAT-Doku-DE.html ].

7.0 Lampiran
7.1: rencana bernama 1 [bahasa Melayu]

15 Januari, 2009 21:46 PM
Chong Wei Melangkah Mudah Ke Suku Akhir
KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Pemain badminton nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei dengan mudah melangkah mara ke perlawanan suku akhir Terbuka Korea Super Series selepas menundukkan pemain Thailand Tanongsal Saensomboonsuk.

Pemenang pingat perak di Sukan Olimpik Beijing yang menjadi pemain pilihan pertama kejohanan itu hanya memerlukan 20 minit untuk mencatat kemenangan 21-14, 21-9 dalam perlawanan pusingan keduanya di Gimnasium Olimpik ke-2, di Bangi-Dong, Seoul, hari ini.

Chong Wei yang baru memenangi gelaran juara Terbuka Malaysia buat kali kelima Ahad lepas, akan bertemu dengan pemain Korea Selatan Park Sung Hwan, yang menjadi lawannya di Kuala Lumpur sebelum ini. Park menumpaskan pemain Jepun Sho Sasaki 21-12, 21-4 hari ini untuk melangkah ke peringkat suku akhir.

Bagaimanapun kemaraan dua lagi pemain perseorangan negara, Chong Wei Feng dan Mohamad Arif Abdul Latif, disekat oleh pemain Indonesia.

Chong Wei Feng ditewaskan oleh Simon Santoso 21-13, 21-15 manakala Mohamad Arif Abdul Latif kalah kepada Andre Kurniawan Tedjono dengan 21-12, 21-18.

Dalam beregu lelaki, Choong Tan Fook-Lee Wan Wah turut mara ke peringkat suku akhir selepas berjaya menewaskan pasangan Indonesia Alvent Yulianto Chandra-Hendra Aprida Gunawan 11-21, 21-16 21-19 dalam masa 40 minit.
Mereka akan berhadapan dengan pasangan Taiwan Fang Chieh Min-Le Sheng Mu, yang membuat kejutan apabila berjaya menundukkan pasangan nombor satu dunia Markis Kido-Hendra Setiawan 21-10, 11-21, 21-18.

Dalam perseorangan wanita, selepas berhempas pulas, pemain negara Julia Wong Pei Xian kalah kepada pemain Hong Kong Wang Chen 21-14, 15-21, 5-21.
Penyandang juara Mi Zhou dari Hong Kong mendapat kemenangan percuma apabila pemain Korea Selatan Bae Seung Hee menarik diri, dan beliau akan berhadapan dengan pemain dari Bulgaria Petya Nedelcheva dalam perlawanan suku akhir.

Juara Terbuka Malaysia Tine Rasmussen dari Denmark turut mara selepas beliau menundukkan pemain Indonesia Pia Zebadiah Bernadet dalam straight set dan akan berentap dengan pemain Indonesia Adrianti Firdasari dalam perlawanan berikutnya.

Dalam kategori beregu wanita pula pasangan Taiwan Cheng Wen Hsing-Chien Yu Chin akan berhadapan dengan pasangan Shendy Puspa Irawati-Meiliana Jauhari dari Indonesia dalam perlawanan suku akhir manakala Lee Hyo Jung-Lee Kyung Won dari Korea Selatan akan berentap dengan pasangan dari Denmark Helle Nielsen-Marie Roepke.
Dalam beregu campuran, pasangan India Diju V-Jwala Gutta membuat kejutan apabila mengalahkan pasangan Indonesia Nova Widianto-Liliyana Natsir 10-21, 21-16, 21-9.

Mereka akan bertemu dengan satu lagi pasangan Indonesia Wijaya Rendra-Meiliana Jauhari dalam perlawanan berikutnya.

Pasangan Korea Selatan Lee Yong Dae-Lee Hyo Jung akan berpeluang mempertahankan gelaran juara apabila mereka turut mara, dan akan bertemu dengan pasangan Indonesia Fran Kurniawan-Shendy Puspa Irawati dalam perlawanan suku akhir nanti.

7.2 : rencana bernama 2 [ dalam bahasa Inggeris ]

January 15, 2009 22:34 PM
Chong Wei Is In Quarter Final Of Korea Open
KUALA LUMPUR, Jan 15 (Bernama) -- Reigning world number one men's singles badminton shuttler Datuk Lee Chong Wei made short work of Thailand's Tanongsal Saensomboonsuk to book a quarter final spot in the Korea Open Super Series.The Beijing silver medallist and top seed needed only 20 minutes to chalk a 21-14, 21-9 win over the Thai in the second round at the 2nd Olympic Gymnasium, Bangi-Dong in Seoul, on Thursday.Chong Wei, who won his fifth Malaysian Open title on Sunday, next meets South Korea's Park Sung Hwan, his nemesis in the final in Kuala Lumpur. Park outclassed Japan's Sho Sasaki 21-12, 21-4 to book his place in the last eight.However, two promising national back-up players, Chong Wei Feng and Mohamad Arif Abdul Latif, were knocked out by the Indonesians.Chong Wei Feng was edged out by Simon Santoso 21-13, 21-15 while Mohamad Arif Abdul Latif lost to Andre Kurniawan Tedjono 21-12, 21-18.In the men's doubles, Choong Tan Fook-Lee Wan Wah also advanced to the quarter final after they defeated Indonesian pair Alvent Yulianto Chandra-Hendra Aprida Gunawan 11-21, 21-16 21-19 in a 40-minute battle.They will face Fang Chieh Min-Le Sheng Mu of Taiwan who scored a major upset when they overcame top seeds and World No. 1 Indonesian pair Markis Kido-Hendra Setiawan 21-10, 11-21, 21-18.In the women's singles, despite giving a good fight, national player Julia Wong Pei Xian lost to Hong Kong's Wang Chen 21-14, 15-21, 5-21.Defending champion Mi Zhou of Hong Kong chalked a walkover win against South Korea's Bae Seung Hee and will take on Bulgaria's Petya Nedelcheva in the quarter-final.Malaysian Open champion, Tine Rasmussen of Denmark also advanced when she defeated Indonesia's Pia Zebadiah Bernadet in straight sets and will have to contend with Indonesia's Adrianti Firdasari in the last eight.As for the women's doubles quarterfinals, the Taiwanese pair of Cheng Wen Hsing-Chien Yu Chin will take on Shendy Puspa Irawati-Meiliana Jauhari of Indonesian while Lee Hyo Jung-Lee Kyung Won of South Korea will meet the Danish pair of Helle Nielsen-Marie Roepke.In the mixed doubles, India's Diju V-Jwala Gutta scored a major upset by beating Indonesia's Nova Widianto-Liliyana Natsir 10-21, 21-16, 21-9. They will meet their opponents compatriots Wijaya Rendra-Meiliana Jauhari in the quarter-final.South Korea's pair Lee Yong Dae-Lee Hyo Jung will have a chance to defend their title as they also advanced and will meet Indonesia's Fran Kurniawan-Shendy Puspa Irawati in the quarterfinal.

Thursday, January 15, 2009

hmt329_diari kuliah [ 15 Januari ]

hari ni, saya dan rakan-rakan telah mempelajari cara membina konkordans

hmt329_latihan kumpulan

Analisis konstrastif Yassier Arafat1) Informan yang mengenali muka, tetapi tidak mengetahui namanya (2/9)2) Informan yang hanya membaca surat khabar berbahasa Cina (7/9)3) Informan yang membaca surat khabar pada bahagian hiburan sahaja (5/9)4) Informan yang tidak meminati berita luar negara. (5/9)5) Informan yang tidak mengenali Yassier Arafat kerana nama beliau ditukar ke dalam bahasa Cina, iaitu “Alafa Ke” (4/9)6) Informan yang kurang membaca surat khabar berbahasa Melayu. (5/9)7) Informan yang tidak membaca surat khabar berbahasa Melayu. (1/9)8) Informan yang tidak suka membaca isu politik. (6/9)9) Informan yang tidak berminat dengan pemimpin luar Negara. (6/9)10) Informan yang tidak menyukai berita luar Negara. (1/9)11) Informan yang kurang meminati berita luar Negara. (3/9)12) Informan yang tidak mengenali beliau kerana beliau tidak kacak. (1/9)13) Informan yang tidak mengenali beliau kerana beliau kurang terkenal. (4/9)14) Informan yang tidak mengenali beliau kerana beliau tiada kaitan dengan Negara kita. (1/9)15) Informan yang tidak mengenali beliau kerana beliau tiada kaitan dengan diri informan. (1/9)16) Informan yang tidak mengenali beliau kerana beliau tiada kaitan dengan pelajarannya. (1/9)17) Informan tidak suka menonton televisyen. (1/9)18) Informan yang tidak suka menonton televisyen, tetapi suka menonton dvd sahaja. (4/9)19) Tiada orang yang pernah memberitahu informan tentang Yassier Arafat. (2/9)20) Informan tidak membaca tentang isu semasa. (1/9)21) Informan yang tidak membaca tentang Yassier Arafat kerana beliau beragama Islam (1/9).22) Informan tidak pernah mencari maklumat tentang Palestin. (1/9)Bagaimana cara untuk membantu informan mengenali Yassier Arafat?1) Carian di internet2) Mengarang esei3) Menjalankan soal selidik

hmt329_biodata faizal tahir




Nama lahirAhmad Faizal bin Mohammad TahirLahir26 Oktober 1978 (umur 30)AsalMalaysiaGenreRock, Balada (dulu nasyid)PekerjaanPenyanyi, penulis laguTahun aktif2004-kiniLabelMonkey Bone Records (2006-kini)
Faizal Tahir ialah seorang penyanyi Malaysia yang mula dikenali setelah menjadi naib juara musim pertama rancangan realiti One in a Million. Beliau merupakan bekas ahli kumpulan nasyid, Mirwana, tetapi meninggalkan kumpulan tersebut pada tahun 2005 kerana sakit. Namun begitu, beliau telah kembali ke persada seni tanah air dengan memilih genre pop-rock sebagai genre lagu nyanyiannya. Selain itu, beliau juga seorang pengacara televisyen. Faizal bernaung di bawah pengurusan The 8 Unit.
Selepas One in a Million
Faizal mengeluarkan single kedua beliau, Kasih Tercipta, sebagai sebahagian runut bunyi filem Waris Jari Hantu. Beliau juga dinamakan jurucakap Malaysia tunggal untuk jenama pakaian DC Superheroes, kerana beliau dikenali kerana memakai kemeja T yang berlogo Superman sepanjang One in a Million. Beliau turut terlibat dalam rancangan realiti lain dengan mengacara Gangstarz dan merakam lagu Gemuruh sebagai lagu tema My Starz LG.
Rencana utama: Aku.Muzik.Kamu
Album sulung Faizal, Aku.Muzik.Kamu, keluar di pasaran sejak 22 November 2007, dengan menampilkan 13 runut lagu gubahan sendiri beliau bersama-sama Audi Mok, Kuncidemak, Omar K, Aubrey Suwito, Tessh RS, dan Ahmad Izham Omar, termasuk versi orkestra Mahakarya Cinta, dan single asli pertama dari album ini, Batu & Golek (iaitu terjemahan harfiah sepenuhnya bagi ungkapan "Rock n' Roll").Selepas empat bulan di pasaran, Aku.Muzik.Kamu dilaporkan mencecah jualan 10,000 ribu unit.Kehidupan peribadi
Faizal kini sudah beristerikan Raihanim Noran yang dikenali beliau di UiTM, dan rumahtangga mereka di Selangor diisi anak lelaki Mikaeel Zidane dan anak perempuan Siti Nur Raudhah.Faizal mendirikan sebuah studio bernama Home Suite Studio di Ukay Perdana, Ampang, di mana beliau menyumbang karya kepada artis-artis lain seperti Firdaus, Dayang Nurfaizah, Mirwana dan Rast.Pada awal pagi 14 Mei 2008, Faizal hampir lemas ketika menjalani penggambaran video muzik Sampai Syurga di sebuah pusat akuatik Shah Alam. Namun begitu, penggambaran dalam air itu berjaya disiapkan dengan selamat.[2][3]Anugerah dan pencapaian
Anugerah Planet Muzik 2008Artis Lelaki Baru TerbaikArtis Lelaki Paling PopularAnugerah Industri Muzik 15Persembahan Vokal Terbaik dalam Album (Lelaki)Artis Baru TerbaikAlbum Rock TerbaikAlbum Terbaik
Lagu Gemuruh
Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pastikan terbukti nanti
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Sumber:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Faizal_Tahir

Hmt329_norkhiriah


Hmt329_diari kuliah

12 Jan 2009
Isnin
Hmt 329: diari kuliah
Hari ini telah membincangkan tentang bagaimana sesuatu data yang banyak yang diperolehi dapat diklasifikasi mengikut perinciannya masing-masing dan data tersebut dapat menunjukkan peratusan bagi setiap faktor dan secara bandingannya, ia memperjelaskan lagi perbezaan dan persamaan bagi data-data yang telah diperolehi daipada informan yang terlibat.

Hmt329_latihan (2) 12 Jan 2009

12 Jan 2009
Latihan II

Soalan: berdasarkan jawapan rakan anda mengenai faktor yang menyebabkan mereka tidak mengenali Yasir Arafat, bina penyelesaian yang memungkinkan rakan anda mendapat info mengenai pemimpin Yasir Arafat. Berikut merupakan antara penyelesaian atau cara yang boleh dilakukan untuk memberi maklumat mengenai Yasir Arafat kepada rakan-rakan yang tidak mengenali Yasir Arafat:

« Mencari maklumat di perpustakaan sama ada perpustakaan awam ataupun perpustakaan Universiti Sains Malaysia
« Mencari maklumat di laman sesawang iaitu melalui internet.
« Yang terakhir ialah dengan mendapatkan maklumat melalui kaedah soal selidik iaitu dengan mengumpul beberapa informan dan bertanyakan mengenai pemimpin Yasir Arafat dan mengumpul seberapa banyak info mengenai Yasir Arafat. Berikut merupakan contoh soal selidik yang telah dilakukan oleh kumpulan kami:

Informan 1, 22 tahun, Islam dan perempuan
beliau pernah mendengar nama Yasir Arafat dan pernah mekihat wajahnya tetapi terlupa akan siapa individu tersebut.

Informan 2, 22 tahun, berbangsa Cina, perempuan
Beliau juga tidak pernah mengenali Yasir Arafat tetapi pernah terbaca berita mengenainya.

Informan 3, 31 tahun, Islam dan lelaki
Mengenali Yasir Arafat dan mengetahui serba sedikit mengenai sejarah hidup pemimpin ini. Beliau juga ada menyentuh tentang perjuangan Yasir Arafat di bumi Palestin.

hmt329_latihan 12 Januari 2009

Tarikh: 12 Januari 2009 [ Isnin ]
Latihan.

Subjek: pengetahuan tentang Yasir Arafat
Ahli kumpulan:
¥ Siti Fatimah Noor binti Isnin [ 23 ]
¥ Nur Liyana binti Kamarudin [ 16 ]
¥ Ooi Yun Kean [ 20 ]

Maklumat: salah seorang daripada kumpulan kami iaitu, Ooi Yun Kean tidak mengenali serta mempunyai maklumat tentang Yasir Arafat.

Soalan yang ditanya kepada Ooi Yun Kean: apakah faktor yang menyebabkan anda tidak mengenali pemimpin Yasir Arafat?

Berikut merupakan jawapan beliau tentang faktor-faktor Ooi Yun Kean ( nombor rujukan:20 ) tidak mengenali Yasir Arafat:

« Beliau kurang membaca terutama sekali surat kabar
« Beliau juga tidak berminat untuk mengetahui pemimpin yang berasal dari luar negara.
« Beliau tidak berminat aspek politik di dalam atau di luar negara.
« Yasir Arafat kurang beliau berminat kerana pemimpin tersebut tidak terkenal dan juga kurang menarik.
« Selain itu, faktor beliau hanya gemar membaca akhbar berbahasa Cina sahaja terutama sekali bahagian hiburan menyumbang kepada faktor mengapa beliau tidak mengenali atau tidak mempunyai maklumat tentang individu bernama Yasir Arafat.
« Beliau juga berpendapat bahawa pemimpin tersebut kurang bersangkut paut dengan perkembangan negara Malaysia pada alaf ini.

Wednesday, January 7, 2009

Tugasan 2 : Artikel Israel Tempur Gaza - 7/1/09

  1. Israel / gempur / Gaza ( S.K.O )
  2. Pesawat pejuang, kereta kebal / bedil / Hamas ( S.K.O )
  3. Tentera Yahudi / awal pagi semalam mara memasuki / Gaza dalam fasa kedua pencerobohannya tanpa menghiraukan bantahan antarabangsa dengan angka kematian warga Palestin kini mencecah 485 orang. ( S.K.O )
  4. Serangan darat tentera Yahudi itu / bagaimanapun dibalas / pejuang Hamas dengan bertekad menjadikan Gaza kubur askar Israel. ( S.K.O )
  5. Dalam pertempuran awal pagi itu, sembilan askar Yahudi terbunuh. ( O.S.K )
  6. Hamas / mendakwa berjaya menawan / dua askar Israel. ( S.K.O )
  7. Kamu / memasuki / Gaza seperti tikus. ( S.K.O )
  8. Gaza / akan menjadi / kubur anda, Insya Allah," kata jurucakap Hamas, Ismail Radwan, merujuk kemaraan tentera Yahudi yang disiarkan oleh stesen televisyen Hamas, Al Aqsa yang kemudian dibom jet Israel. ( S.K.O )
  9. Hamas yang dipercayai mempunyai 20,000 anggota bersenjata, / turut melancarkan / 25 lagi roket ke wilayah Israel. ( S.K.O )
  10. Ambulans tentera / dilihat membawa / askar Yahudi yang cedera ke hospital di bandar selatan Israel, Beersheba. ( S.K.O )
  11. Tentera Israel / melaporkan / setakat ini 30 askarnya cedera, dua parah, manakala 23 warga Gaza maut. ( S.K.O )
  12. Pegawai tentera dan saksi Palestin pula dilaporkan berkata, satu unit kereta kebal / menyerang / selatan Gaza hingga ke kawasan penempatan Netzarim, yang ditinggalkan Israel ketika regim Yahudi itu keluar dari Gaza pada 2005. ( S.K.O )
  13. Serangan itu menyebabkan laluan ke bandar raya Gaza, kawasan paling ramai penduduk, / terputus / daripada semua kawasan lain di Gaza hingga ke selatannya. ( O.K.S )
  14. Serangan tertumpu di tempat kebanyakan bedilan roket / dilancarkan / ke arah Israel. ( S.K.O )
  15. Pesawat Israel / terus membedil / sekurang-kurangnya empat sasaran, termasuk terowong, kemudahan simpanan senjata, kawasan yang digunakan untuk melancarkan bedilan meriam dan kawasan pendudukan pejuang Hamas. ( S.K.O )
  16. Bot tentera laut Israel / turut memberi sokongan dengan membedil / ibu pejabat perisikan Hamas di bandar raya Gaza, kawasan pelancaran roket dan tempat anggota marin Hamas berkubu. ( S.K.O )
  17. Askar Israel bagaimanapun / tidak memasuki / kawasan bandar utama di Gaza, tetapi bertempur di kawasan luar bandar dan kawasan terbuka yang menjadi tempat militan melancarkan roket dan bedilan meriam. ( S.K.O )
  18. Penduduk daerah utara Gaza, al-Attatra, berkata askar Israel / memeriksa / setiap rumah dengan memecahkan dinding, tetapi kebanyakan rumah tidak lagi berpenghuni kerana penduduknya sudah melarikan diri. ( S.K.O )
  19. Israel / mula menyerang / Gaza pada 27 Disember lalu menyebabkan 2,500 rakyat Palestin cedera dengan sekurang-kurangnya 80 kanak-kanak dan orang awam terkorban. ( S.K.O )
  20. Hamas / pula bertindak balas dengan melancarkan / lebih 500 roket dan mortar ke Israel menyebabkan empat rakyat negara Yahudi itu maut. ( S.K.O )


Hasil Tugasan : - Nur Liyana Bt Kamarudin - 89 749 ( 16 )
- Siti Fatimah Noor Bt Isnin - 89 779 ( 23 )

tugasan aturan kata_5 Jan 2009

dialek Perak <> Bahasa Melayu Standard

  1. Jeniffer Gardener dah dapat anok pompuan ari ni.
    Jeniffer Gardener telah melahirkan seorang anak perempuan hari ini.
  2. Deme betolok gi Melake dengan do puluoh rengget aje
    Mereka bertolak ke Melaka dengan berbekalkan ringgit Malaysia dua puluh sahaja
  3. Tudung yang die beli tu die simpan dalam lemari.
    Tudung yang dibelinya itu disimpan di dalam almari.
  4. Siti baru je dapat hanpon baru
    Siti baru sahaja menerima telefon bimbit yang baru
  5. Deme berdue aje yang gi majelih tu
    Mereka berdua sahaja yang pergi ke majlis itu.
  6. Baju meroh tu tak padan langsung dengan Salmah
    Baju merah itu tidak padan dengan Salmah
  7. Cadar yang barau die beli udoh koyak semalam
    Cadar yang baru sahaja dibelinya semalam telah koyak.
  8. kak Long baru je ngandong.
    Kak Long baru sahaja didapati hamil.
  9. Liyana seorang gadis yang manis dan baik hati
    Liyana pompuan cantek pastu baek hati
  10. Liyana baru je dapat cincin meh, Emcik Azehor bagi.
    Liyana menerima sebentuk cincin emas dari Encik Azhar