Analisis konstrastif Yassier Arafat1) Informan yang mengenali muka, tetapi tidak mengetahui namanya (2/9)2) Informan yang hanya membaca surat khabar berbahasa Cina (7/9)3) Informan yang membaca surat khabar pada bahagian hiburan sahaja (5/9)4) Informan yang tidak meminati berita luar negara. (5/9)5) Informan yang tidak mengenali Yassier Arafat kerana nama beliau ditukar ke dalam bahasa Cina, iaitu “Alafa Ke” (4/9)6) Informan yang kurang membaca surat khabar berbahasa Melayu. (5/9)7) Informan yang tidak membaca surat khabar berbahasa Melayu. (1/9)8) Informan yang tidak suka membaca isu politik. (6/9)9) Informan yang tidak berminat dengan pemimpin luar Negara. (6/9)10) Informan yang tidak menyukai berita luar Negara. (1/9)11) Informan yang kurang meminati berita luar Negara. (3/9)12) Informan yang tidak mengenali beliau kerana beliau tidak kacak. (1/9)13) Informan yang tidak mengenali beliau kerana beliau kurang terkenal. (4/9)14) Informan yang tidak mengenali beliau kerana beliau tiada kaitan dengan Negara kita. (1/9)15) Informan yang tidak mengenali beliau kerana beliau tiada kaitan dengan diri informan. (1/9)16) Informan yang tidak mengenali beliau kerana beliau tiada kaitan dengan pelajarannya. (1/9)17) Informan tidak suka menonton televisyen. (1/9)18) Informan yang tidak suka menonton televisyen, tetapi suka menonton dvd sahaja. (4/9)19) Tiada orang yang pernah memberitahu informan tentang Yassier Arafat. (2/9)20) Informan tidak membaca tentang isu semasa. (1/9)21) Informan yang tidak membaca tentang Yassier Arafat kerana beliau beragama Islam (1/9).22) Informan tidak pernah mencari maklumat tentang Palestin. (1/9)Bagaimana cara untuk membantu informan mengenali Yassier Arafat?1) Carian di internet2) Mengarang esei3) Menjalankan soal selidik
Thursday, January 15, 2009
hmt329_biodata faizal tahir
Faizal Tahir ialah seorang penyanyi Malaysia yang mula dikenali setelah menjadi naib juara musim pertama rancangan realiti One in a Million. Beliau merupakan bekas ahli kumpulan nasyid, Mirwana, tetapi meninggalkan kumpulan tersebut pada tahun 2005 kerana sakit. Namun begitu, beliau telah kembali ke persada seni tanah air dengan memilih genre pop-rock sebagai genre lagu nyanyiannya. Selain itu, beliau juga seorang pengacara televisyen. Faizal bernaung di bawah pengurusan The 8 Unit.
Selepas One in a Million
Faizal mengeluarkan single kedua beliau, Kasih Tercipta, sebagai sebahagian runut bunyi filem Waris Jari Hantu. Beliau juga dinamakan jurucakap Malaysia tunggal untuk jenama pakaian DC Superheroes, kerana beliau dikenali kerana memakai kemeja T yang berlogo Superman sepanjang One in a Million. Beliau turut terlibat dalam rancangan realiti lain dengan mengacara Gangstarz dan merakam lagu Gemuruh sebagai lagu tema My Starz LG.
Rencana utama: Aku.Muzik.Kamu
Album sulung Faizal, Aku.Muzik.Kamu, keluar di pasaran sejak 22 November 2007, dengan menampilkan 13 runut lagu gubahan sendiri beliau bersama-sama Audi Mok, Kuncidemak, Omar K, Aubrey Suwito, Tessh RS, dan Ahmad Izham Omar, termasuk versi orkestra Mahakarya Cinta, dan single asli pertama dari album ini, Batu & Golek (iaitu terjemahan harfiah sepenuhnya bagi ungkapan "Rock n' Roll").Selepas empat bulan di pasaran, Aku.Muzik.Kamu dilaporkan mencecah jualan 10,000 ribu unit.Kehidupan peribadi
Faizal kini sudah beristerikan Raihanim Noran yang dikenali beliau di UiTM, dan rumahtangga mereka di Selangor diisi anak lelaki Mikaeel Zidane dan anak perempuan Siti Nur Raudhah.Faizal mendirikan sebuah studio bernama Home Suite Studio di Ukay Perdana, Ampang, di mana beliau menyumbang karya kepada artis-artis lain seperti Firdaus, Dayang Nurfaizah, Mirwana dan Rast.Pada awal pagi 14 Mei 2008, Faizal hampir lemas ketika menjalani penggambaran video muzik Sampai Syurga di sebuah pusat akuatik Shah Alam. Namun begitu, penggambaran dalam air itu berjaya disiapkan dengan selamat.[2][3]Anugerah dan pencapaian
Anugerah Planet Muzik 2008Artis Lelaki Baru TerbaikArtis Lelaki Paling PopularAnugerah Industri Muzik 15Persembahan Vokal Terbaik dalam Album (Lelaki)Artis Baru TerbaikAlbum Rock TerbaikAlbum Terbaik
Lagu Gemuruh
Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pastikan terbukti nanti
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Sumber:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Faizal_Tahir
Posted by she_tea ^_^ at 8:31 AM 0 comments
Labels: Hmt329
Hmt329_diari kuliah
12 Jan 2009
Isnin
Hmt 329: diari kuliah
Hari ini telah membincangkan tentang bagaimana sesuatu data yang banyak yang diperolehi dapat diklasifikasi mengikut perinciannya masing-masing dan data tersebut dapat menunjukkan peratusan bagi setiap faktor dan secara bandingannya, ia memperjelaskan lagi perbezaan dan persamaan bagi data-data yang telah diperolehi daipada informan yang terlibat.
Posted by she_tea ^_^ at 8:14 AM 0 comments
Labels: Hmt329
Hmt329_latihan (2) 12 Jan 2009
12 Jan 2009
Latihan II
Soalan: berdasarkan jawapan rakan anda mengenai faktor yang menyebabkan mereka tidak mengenali Yasir Arafat, bina penyelesaian yang memungkinkan rakan anda mendapat info mengenai pemimpin Yasir Arafat. Berikut merupakan antara penyelesaian atau cara yang boleh dilakukan untuk memberi maklumat mengenai Yasir Arafat kepada rakan-rakan yang tidak mengenali Yasir Arafat:
« Mencari maklumat di perpustakaan sama ada perpustakaan awam ataupun perpustakaan Universiti Sains Malaysia
« Mencari maklumat di laman sesawang iaitu melalui internet.
« Yang terakhir ialah dengan mendapatkan maklumat melalui kaedah soal selidik iaitu dengan mengumpul beberapa informan dan bertanyakan mengenai pemimpin Yasir Arafat dan mengumpul seberapa banyak info mengenai Yasir Arafat. Berikut merupakan contoh soal selidik yang telah dilakukan oleh kumpulan kami:
Informan 1, 22 tahun, Islam dan perempuan
beliau pernah mendengar nama Yasir Arafat dan pernah mekihat wajahnya tetapi terlupa akan siapa individu tersebut.
Informan 2, 22 tahun, berbangsa Cina, perempuan
Beliau juga tidak pernah mengenali Yasir Arafat tetapi pernah terbaca berita mengenainya.
Informan 3, 31 tahun, Islam dan lelaki
Mengenali Yasir Arafat dan mengetahui serba sedikit mengenai sejarah hidup pemimpin ini. Beliau juga ada menyentuh tentang perjuangan Yasir Arafat di bumi Palestin.
Posted by she_tea ^_^ at 8:12 AM 0 comments
Labels: Hmt329
hmt329_latihan 12 Januari 2009
Tarikh: 12 Januari 2009 [ Isnin ]
Latihan.
Subjek: pengetahuan tentang Yasir Arafat
Ahli kumpulan:
¥ Siti Fatimah Noor binti Isnin [ 23 ]
¥ Nur Liyana binti Kamarudin [ 16 ]
¥ Ooi Yun Kean [ 20 ]
Maklumat: salah seorang daripada kumpulan kami iaitu, Ooi Yun Kean tidak mengenali serta mempunyai maklumat tentang Yasir Arafat.
Soalan yang ditanya kepada Ooi Yun Kean: apakah faktor yang menyebabkan anda tidak mengenali pemimpin Yasir Arafat?
Berikut merupakan jawapan beliau tentang faktor-faktor Ooi Yun Kean ( nombor rujukan:20 ) tidak mengenali Yasir Arafat:
« Beliau kurang membaca terutama sekali surat kabar
« Beliau juga tidak berminat untuk mengetahui pemimpin yang berasal dari luar negara.
« Beliau tidak berminat aspek politik di dalam atau di luar negara.
« Yasir Arafat kurang beliau berminat kerana pemimpin tersebut tidak terkenal dan juga kurang menarik.
« Selain itu, faktor beliau hanya gemar membaca akhbar berbahasa Cina sahaja terutama sekali bahagian hiburan menyumbang kepada faktor mengapa beliau tidak mengenali atau tidak mempunyai maklumat tentang individu bernama Yasir Arafat.
« Beliau juga berpendapat bahawa pemimpin tersebut kurang bersangkut paut dengan perkembangan negara Malaysia pada alaf ini.
Posted by she_tea ^_^ at 8:11 AM 0 comments
Labels: Hmt329
Wednesday, January 7, 2009
Tugasan 2 : Artikel Israel Tempur Gaza - 7/1/09
- Israel / gempur / Gaza ( S.K.O )
- Pesawat pejuang, kereta kebal / bedil / Hamas ( S.K.O )
- Tentera Yahudi / awal pagi semalam mara memasuki / Gaza dalam fasa kedua pencerobohannya tanpa menghiraukan bantahan antarabangsa dengan angka kematian warga Palestin kini mencecah 485 orang. ( S.K.O )
- Serangan darat tentera Yahudi itu / bagaimanapun dibalas / pejuang Hamas dengan bertekad menjadikan Gaza kubur askar Israel. ( S.K.O )
- Dalam pertempuran awal pagi itu, sembilan askar Yahudi terbunuh. ( O.S.K )
- Hamas / mendakwa berjaya menawan / dua askar Israel. ( S.K.O )
- Kamu / memasuki / Gaza seperti tikus. ( S.K.O )
- Gaza / akan menjadi / kubur anda, Insya Allah," kata jurucakap Hamas, Ismail Radwan, merujuk kemaraan tentera Yahudi yang disiarkan oleh stesen televisyen Hamas, Al Aqsa yang kemudian dibom jet Israel. ( S.K.O )
- Hamas yang dipercayai mempunyai 20,000 anggota bersenjata, / turut melancarkan / 25 lagi roket ke wilayah Israel. ( S.K.O )
- Ambulans tentera / dilihat membawa / askar Yahudi yang cedera ke hospital di bandar selatan Israel, Beersheba. ( S.K.O )
- Tentera Israel / melaporkan / setakat ini 30 askarnya cedera, dua parah, manakala 23 warga Gaza maut. ( S.K.O )
- Pegawai tentera dan saksi Palestin pula dilaporkan berkata, satu unit kereta kebal / menyerang / selatan Gaza hingga ke kawasan penempatan Netzarim, yang ditinggalkan Israel ketika regim Yahudi itu keluar dari Gaza pada 2005. ( S.K.O )
- Serangan itu menyebabkan laluan ke bandar raya Gaza, kawasan paling ramai penduduk, / terputus / daripada semua kawasan lain di Gaza hingga ke selatannya. ( O.K.S )
- Serangan tertumpu di tempat kebanyakan bedilan roket / dilancarkan / ke arah Israel. ( S.K.O )
- Pesawat Israel / terus membedil / sekurang-kurangnya empat sasaran, termasuk terowong, kemudahan simpanan senjata, kawasan yang digunakan untuk melancarkan bedilan meriam dan kawasan pendudukan pejuang Hamas. ( S.K.O )
- Bot tentera laut Israel / turut memberi sokongan dengan membedil / ibu pejabat perisikan Hamas di bandar raya Gaza, kawasan pelancaran roket dan tempat anggota marin Hamas berkubu. ( S.K.O )
- Askar Israel bagaimanapun / tidak memasuki / kawasan bandar utama di Gaza, tetapi bertempur di kawasan luar bandar dan kawasan terbuka yang menjadi tempat militan melancarkan roket dan bedilan meriam. ( S.K.O )
- Penduduk daerah utara Gaza, al-Attatra, berkata askar Israel / memeriksa / setiap rumah dengan memecahkan dinding, tetapi kebanyakan rumah tidak lagi berpenghuni kerana penduduknya sudah melarikan diri. ( S.K.O )
- Israel / mula menyerang / Gaza pada 27 Disember lalu menyebabkan 2,500 rakyat Palestin cedera dengan sekurang-kurangnya 80 kanak-kanak dan orang awam terkorban. ( S.K.O )
- Hamas / pula bertindak balas dengan melancarkan / lebih 500 roket dan mortar ke Israel menyebabkan empat rakyat negara Yahudi itu maut. ( S.K.O )
Hasil Tugasan : - Nur Liyana Bt Kamarudin - 89 749 ( 16 )
- Siti Fatimah Noor Bt Isnin - 89 779 ( 23 )
Posted by she_tea ^_^ at 5:19 PM 0 comments

